KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH MANUSIA BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUARBIASA
Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana limpah kurnia-Nya, akhirnya blog Panitia Matematik Tambahan SeMSe ini terhasil.. Blog ini akan menjadi bahan rujukan dan panduan kepada para pelajar SeMSe dalam mencari maklumat berkaitan tentang modul pembelajaran dan koleksi-koleksi soalan terdahulu serta aktiviti-aktiviti panitia yang dijalankan. Selain itu, para pelajar juga dapat berkongsi pendapat dan maklumat bersama guru-guru matematik tambahan berkaitan info semasa yang membina dan juga berkaitan masalah-masalah pembelajaran yang dapat dikongsi bersama. Akhir kata , semoga blog ini dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar serta dapat membentuk sahsiah pelajar yang berketrampilan, In Sya Allah. Wassalam... -Penyelaras Blog-

Monday 29 April 2013

Majlis Pelancaran & Penutupan Karnival Pendidikan
Pengetua Cemerlang memberikan ucapan

Guru memantau pertandingan kuiz Matematik
Kuiz Matematik
Pertandingan Saintis Muda
Pertandingan Saintis Muda
Karnival pendidikan SeMSe telah berlangsung dari 15 April 2013 hingga 29 April 2013. Pelbagai aktiviti telah yang berbentuk pendidikan telah dijalankan. Panitia Matematik Tambahan juga telah terlibat dalam menjalankan aktiviti seperti pertandingan kuiz Matematik dan Sains, Saintis Muda dan pameran. Majlis penutup karnival telah disempurnakan oleh Tn. Hj Awalludin bin Mat Din, Pengetua Cemerlang SeMSe pada 29 April 2013. Di harap semua pelajar telah mendapat manfaat dari aktiviti -aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival tersebut

Wednesday 24 April 2013

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 24

Sempena mesyuarat agong PIBG SeMse kali  ke 24,  panitia Matematik Tambahan telah mendapat anugerah intan kerana GPMP SPM 2012 telah menurun sedikit dari tahun 2011. Semoga tahun 2013 , panitia Matematik Tambahan akan dapat melepasi target JPNS iaitu 6.63, In Sya Allah.

                                                  Sijil Anugerah Intan SPM 2012

Tuesday 23 April 2013

SEWAKTU P & P DI KELAS

                                                              TING 5 CERDAS
                                                                  TING 5 ARIF
                                                 KELAS TAMBAHAN 5 CERDAS
                                                       KELAS TAMBAHAN 5ARIF